Bahulu Kampung

Ramuan / Bahan

1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
setengah kg. tepung gandum
sedikit minyak.
acuan kuih bahulu atau kuih cara.

Cara-cara

Goreng tepung sampai masak. Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali.Agar kuih jadi ringan.Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Pukul telur dan gula sampai kembang.Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedik demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan.Masak sehingga selesai.