Budu Tumis

Ramuan / Bahan

3 sudu makan budu (sebarang jenama)
4 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Sebatang serai (diketuk)
3 biji cili kering (jika suka)(ditumbuk)
minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk. Panaskan seketika sehingga naik baunya.Masukkan budu dan tumis sehingga naik minyak.