Asam Mangga Telur Pengikat Suami

Ramuan / Bahan

6 Biji Mangga Muda Telur
1 inci Belacan Bakar
1 kepal Asam Jawa
3 biji Cili Merah
3 bijiCili Hijau
10 biji cili padi
4 ulas bawang merah bulat
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Buang kulit mangga dan racik halus.Mayang bawang halus.Lenyek belacan . Perah Asam Jawa .Hiris cili merah , cili hijau dan cili padi kampung sahaja.Gaulkan semua bahan ke dalam bekas , perahkan mangga hiris bersama bahan bahan tadi.Masukkan gula , garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Perap selama satu jam.