Acar Timun Biji Sawi

Ramuan / Bahan

Bahan A

1 biji Timun Batang (dipotong memanjang dan dibuang pulur).
3 biji bawang merah (dipotong 2).
1 camca teh biji sawi. Bahan B

½ cawan cuka
½ cawan air
sedikit gula dan garam
kunyit

Cara-cara

1 Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah bersama-sama dengan biji sawi.

2 Agak nampak bawang sedikit layu, masukkan timun batang dan tutup periuk sebentar sehingga air timun keluar.

3 Masukkan cuka, gula, garam dan kunyit mengikut selera anda dan akhir sekali air. Air jgn terlalu banyak, sekadar membasahkan timun.