Acar Roselle

Ramuan / Bahan

½ cawan cili padi jeruk
10 ulas bawang merah jeruk - biarkan sebiji-sebiji atau potong dua
2 cm halia jeruk - potong panjang
3 sudu besar cili kisar
3 cawan campuran buah-buahan yang dijeruk manis 1 cawan jeruk roselle
Garam dan gula secukup rasa
Cuka secukup rasa
Sedikit bawang goreng untuk tabur
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga garing. Masukkan bawang dan halia, kacau rata. Masukkan buah-buahan jeruk serta roselle. Diikuti cili jeruk. Perisakan dengan garam, gula dan cuka. Akhir sekali tabur bawang goreng.