Acar Rampai Puteri

Ramuan / Bahan

120 gm jeruk campur (dipotong kecil)
120 gm sengkuang (dipotong kecil)
120 gm timun (dipotong kecil)
80 gm lobak merah (dipotong kecil)
50 gm kurma cina (dipotong kecil)
60 gm bawang merah (dipotong kecil)
40 gm bawang putih (dihiris)
80 gm gula merah (dihiris)
30 gm halia (dimayang) 1 sudu bijan goreng
30 gm kismis hitam
50 gm cili sos
10 tangkai cili kering (dikisar)
40 gm cili hijau (dikisar)
40 gm cili merah (dikisar)
50 ml cuka putih (dikisar)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak. Kemudian tumis bahan- bahan yang dikisar bersama halia.

Masukkan cuka, gula melaka dan bijan goreng. Masak sehingga pekat.

Kemudian masukkan sayuran dan jeruk campur. Masak hanya untuk seketika tidak terlampau masak.

Hidangkan mengikut cita rasa dengan sedikit hiasan.