Kek Ceri Lemon

Ramuan / Bahan

8 auns tepung naik sendiri
4 auns mentega
4 auns gula mentega
Sedikit garam 120 ml susu cair
1 biji telur
4 auns ceri merah
1 sudu teh kulit lemon parut

Cara-cara

Asingkan sesudu besar tepung dan selebihnya dimasukkan dalam sebuah mangkuk. Campur mentega dalam tepung dan kacau sehingga ia menjadi seperti serbuk roti. Masukkan gula dan kulit lemon dan kacau hingga sebati. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Gaul sambil memasukkan susu sehingga adunan sebati. (Peringatan: Adunan tidak boleh cair). Ceri disalut tepung yang diasingkan tadi dan masukkan ke dalam adunan. Bakar di dalam acuan yang disapu mentega selama sejam.