Acar Buah

Ramuan / Bahan

500 gm buah-buah jeruk limau, pala & sebagainya kismis, prun
15 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
3 cm halia (dimayang)
15-20 biji cili kering 30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari
½ cawan cuka
Sedikit gula
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Cili dibuang biji & digiling. Panaskan periuk & tumis minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan.