Tortilla

Ramuan / Bahan

(A)
250g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam

(B)
55g lelemak sayuran (shortening)
(C)
175ml air suam

Cara-cara

1. ayak (A) dan ramaskan ke (B). tambah (C) dan uli sehingga menjadi doh.
2. tutup dengan plastik dan biar selama 15 minit.
3. bahagikan doh menjadi 10 bahagian sama rata dan bentukkan menjadi bebola. biarkan selama 10 minit.
4. canaikan doh di antara 2 kepingan plastik sehingga menjadi 20cm bulat.
5. panaskan dulang yang tidak melekat. bubuh tortilla kedalam tanpa plastik dan masak pada suhu sederhana selama 1 1/2 minit. balikkan bila permukaan mula berbuih.masak lagi selama 1 1/2 minit.
6. susunkan tortilla dengan kertas minyak di antaranya.
7. bila dihidang, letakkan pokook salad,lada merah yang telah dihiris dan daging panggang. paip kan sedikit sos ketchup ke atasnya dan juga mayonis. gulungkan dan sedia dihidang.