Roti Sandwich Sardin

Ramuan / Bahan

Roti(Disapu dengan Planta)
Sardin dalam Tin(Makerel Saiz Sederhana)
Mayonese Lady's Choice
Planta
Bawang Merah (Cincang halus)
Bawang Putih (Cincang halus)
Cili Padi (hiris halus)
Cili Merah (hiris halus)
Garam Dan Gula Secukup Rasa
Air Jus Limau / Air Asam Jawa

Cara-cara

Untuk inti :
1)Buang kuah Sardin.Tinggalkan ikannya sahaja.
2)Hancurkan ikan sardin tersebut dan letakkan bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah.Gaul hingga sebati.
3)Gaulkan mayonese secukup rasa anda.Jangan letak berlebihan supaya tidak mudah basi.
4)Kemudian, panaskan kuali dan planta digunakan sebagai penganti minyak.
5)Tumis sume bahan yang telah digaul tadi, dan masukkan gula,garam dan air limau/asam jawa secukup rasa.Gaul hingga sebati.
6)Letakkan inti diatas roti yang disapu planta tadi dan sedia untuk dihidang.

-Selamat Menjamu Selera-