Kek Cawan Mungil

Ramuan / Bahan

1 paket tepung kek segera berperisa strawberi
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila ¾ cawan air
Sedikit ceri merah (dipotong dadu)
Sedikit gula warna-warni

Cara-cara

Campurkan tepung kek bersama dengan telur, esen vanila, mentega, air dan dipukul hingga kembang. Setelah sebati, sediakan cawan kertas yang diletakkan dalam dulang pembakar dan masukkan satu sudu besar di dalamnya. Sebelum itu taburkan sedikit ceri merah. Setelah siap, taburkan manik-manik warna-warni di atasnya dan dibakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 180C atau sehingga kek ini masak. Setelah masak, sejukkan dan bolehlah dihias dengan aising.