Yellow River

Ramuan / Bahan

500 g tepung berprotein tinggi]
125 g tepung gandum ] diayak
½ sudu teh garam ] bersama
50 g spry
½ liter susu segar (UHT)
2 biji telur
75 g gula kastor
50 g pewarna kuning
150 g kismis 60 g gula pasir
100 g mentega
50 g yis mampat
Untuk Glis:
1 biji telur ] disatukan
1 camca besar gula kastor] dan
¼ cawan susu segar ] dikacau rata

Cara-cara

Panaskan susu (suam). Campurkan gula, yis, pewarna dan telur. Masukkan ke dalam tepung dan uli selama 20 minit. Akhir sekali , masukkan spry dan uli rata. Biarkan doh mengembang dua kali ganda. Masukkan kismis dan uli sehingga sebati. Timbang kira-kira 50 g bebola dan bentukkan bujur. Letakkan di atas tin pembakar yang telah dilenserkan dengan marjerin. Kelarkan di bahagian tengah permukaan roti. Letakkan sedikit mentega dan taburkan gula pasir. Biarkan roti ini naik dua kali ganda. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 230C atau menggunakan nombor 8 selama 12 minit. Glis dan biarkan ia sejuk.