Skon Lemak

Ramuan / Bahan

200 gm tepung berserbuk penaik
40 gm gula aising
1 camca teh ragi segera
½ camca teh soda penaik
200 ml susu segar 2 biji telur
3 sudu besar kelapa kering
Sedikit garam
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar kismis

Cara-cara

Bancuh tepung berserbuk penaik bersama gula aising, ragi segera, soda penaik, susu segar, telur, kelapa kering dan garam hingga sebati.

Panaskan kuali leper, cairkan sedikit marjerin. Titiskan setengah senduk adunan di dalam kuali, tabur kismis. Titiskan sedikit adunan ke atas kismis (menutupi kismis). Biar hingga keperangan di bawahnya sebelum diterbalikkan. Buat hingga habis adunan.