Sardin Roll

Ramuan / Bahan

1 buku roti
1 tin sardin
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
sedikit halia
1 biji tomato
1 biji kentang
1 biji limau kasturi
minyak utk menggoreng
garam n gula secukup rasa
sedikit tepung ubi(sbg pelekat)

Cara-cara

Panaskan minyak masak.Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan cili yang di racik halus.Bila bawang garing masukkan kentang yang juga di racik halus.Tunggu sehingga kentang masak kemudian masukkan sardin.perah limau kasturi dan masukkan garam dan gula sucukup rasa.Bila hampir masak masukkan tomato yang juga di racik halus dan masak sampai kering.
Kemudian ambil roti dan leperkan sehingga nipis. Masukkan inti sardin tadi dan gulung dengan kemas.Untuk kemasan roti tersebut gunakan tepung ubi sebagai pelekat roti.Kemudian gorengkan roti tersebut di dalam minyak yang panas. tos kan dan hidangkan semasa panas.