Sandwich Sedap

Ramuan / Bahan

2 bantal roti sandwich
Mentega
1 sudu penuh marjerin
10 cm serai (dititik)
¾ cawan air asam jawa

Bahan Tumbuk:
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
90 gm udang kering (direndam & ditoskan)
45 gm lada kering (direndam & ditoskan)
3 biji buah keras
Gula & garam secukup rasa 2 biji telur (direbus & dikupas kulitnya)
Gara,lada sulah & mayonis secukup rasa
1 biji kecil timun (dibuang kulitnya & dihiris tipis-tipis)

Bahan Cincang:
3 batang lada merah
30 gm daun ketumbar
30 gm daun sup
30 gm daun bawang

Cara-cara

Pijarkan marjerin & tumis bahan tumbuk & serai. Apabila telah keluar minyaknya,masukkan air asam jawa & kacau serta masak hingga kering.Buang kan serai & biarkan sambal itu sejuk. Satukan telur,garam,lada sulah & mayonis.Lecekkan hingga rata. Sapukan mentega pada sebantal roti di kedua-dua bahagian.Sapukan juga mantega pada sebantal roti lagi tetapi di satu bahagian sahaja.Pada sekeping roti yang bermentega di suata bahagian sahaja itu, sapukan sedikit sambal & letakkan
hirisan-hirisan timun diatasnya.Tutupkan dengan kepingan roti yang bermentega di kedua-dua bahagiannya. Di atas kepingan ini, sapukan sedikit telur & letakkkan tomato di atasnya. Tutupkan sekali lagi dengan kepingan yang bermentega di dua bahagian.Sapukan lagi sambal & tutup kan dengan hirisan-hirisan timun.Buat macam biasa.Ulang semua roti. Tutupkan sandwich dengan sehelai kain lempab & timpakan dengan benda yang agak berat. Biarkan selama 15 minit.Buangkan kulit tepinya yang keras & isikan ke dalam pinggan.Hiaskan dengan bahan-bahan cincang & hidangkan.