Kek Carrot

Ramuan / Bahan

6 biji telor ayam
2 cawan gula halus
1 ½ cawan carrot yang sudah diparut
1 sudu kecil baking powder 1 tin kecil marjerin
3 cawan tepung gandum
1 sudu esen limau
Sedikit buah badam

Cara-cara

Carrot di parut kasar badam di potong kecil. Pukul gula dan marjerin sampai putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Tepung di ayak dengan baking powder dan di gaul dengan carrot serta badam lepas itu masukkan ke dalam adunan telur tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan marjerin, lalu dibakar adunan tadi.