Sandwic Sambal

Ramuan / Bahan

½ roti
2 sudu udang kering atau ikan bilis
4 ulas bawang merah
6 biji lada kering
6 mm belacan bakar
1 sudu asam jawa
¼ sudu garam
1 sudu gula pasir 1 biji tomato merah atau ¼
50 mm timun (dihiris nipis)
2 sudu mentega atau marjerin (dipukul)
(dilembutkan)
2 sudu minyak makan untuk menggoreng
Daun parsli atau pudina denagn cili untuk hiasan

Cara-cara

Sediakan intinya. Rendam cili kering.Cuci & basuh semau sayur-sayuran.Hiris tomato & timun. Tuskan cili & tumbuk bersama bwang & belacan bakar hingga lumat. Tumbuk udang kering attau ikan bilis secara berasingan. Panaskan minyak dalam kuali & goreng campuran cili hingga garing. Campurkan udang kering atau ikan bilis yang sudah ditumbuyk & kacau hingga sebati dengan campuran cili. campur air asam jawa,gula & garam jika perlu & goreng hingga inti menjadi lembap. Angkat & sejukkan dalam pinggan.Sediakan roti & sapukan sambal ke atasnya. Tambahkan pinggan tomato/timun.Kemudian telengkupkan roti. Potong mengikut bentuk yang dikehendaki & hidangkan dengan daun parsi serta cili.