Sandwic Buah

Ramuan / Bahan

4 keping roti mil penuh
3 sudu besar kacang tanah - disangai dan ditumbuk
2 sudu besar madu
3 hiris buah pala - dicincang 3 biji cili merah - dicincang
1 sudu besar halwa kulit oren - dicincang
Sedikit mentega untuk disapu pada roti

Cara-cara

Satukan semua buah-buahan kering, kacang tanah dan madu kacau rata hingga menjadi pes yang boleh disapu pada roti. Sapu roti dengan mentega nipis-nipis, ratakan campuran kacang buah-buahan pada dua keping roti lapis setiap satu dengan sekeping roti yang masih tinggal. Dengan menggunakan pisau roti yang tajam potong bahagian tepi roti kemudian potong serung di tengahnya dan hidangkan.