Roti Tiara Berkrim

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan roti:

180 gm tepung berprotein tinggi
1 camca teh ragi segera
1 camca besar gula halus
1 biji telur
10 gm lelemak sayuran
65 ml air suam
1 camca teh garam Bahan-bahan inti:

3 biji telur
1 tangkai daun sup (dicincang)
1 biji cili merah (dicincang)
50 ml susu
1 biji bawang merah (dikisar)
Garam
Serbuk lada sulah

Cara-cara

Gaul semua bahan roti dan uli hingga menjadi doh lembut. Perap selama 40 minit dan bentukkan bebola.

Masukkan bebola di dalam mangkuk kecil. Ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan lekatkan dengan putih telur di atas bebola tadi. Perap lagi selama 40 minit dan bakar selama 20 minit pada suhu 200 darjah Celcius.

Untuk membuat inti, pukul semua bahan di dalam mangkuk. Kacau di atas api sederhana hingga pekat. Apabila roti telah masak, belah di tengah dan isi inti.