Kek Buih Putih Telur

Ramuan / Bahan

4 auns mentega
½ cawan gula halus
4 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
3 sudu besar susu
1 cawan tepung naik sendiri
Sedikit garam Hiasan kek (topping):
4 biji putih telur
¾ cawan gula halus
1 sudu besar gula halus
½ sudu teh serbuk kayu manis
1 auns badam (dibuang kulit)

Cara-cara

Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan kuning telur dan vanila. Kacau lagi. Masukkan tepung yang diayak bersama garam berselang-seli dengan susu dan kacau hingga sebati dan kacau hingga sebati. Tuang di dalam acuan 8 inci tinggi. Untuk hiasan pula, pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit dan kacau lagi. Tuangkan adunan ini ke atas kek. Campurkan sesudu besar gula bersama serbuk kayu manis dan taburkan di atas telur putih tadi. Kemudian taburkan badam. Bakar selama 60 minit.