Roti Simpul Kasih

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung whole meal
1 ¾ cawan air
2 sudu besar susu tepung 1 sudu kecil garam
1 sudu kecil improven
1 biji kuning telur
Sedikit mentega

Cara-cara

Kesemua bahan dimasukkan dalam mangkuk kecuali air dan dikacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit air dan uli hingga tidak melekat di tangan atau uli selama 5-10 minit. Perapkan selama 1/2 jam atau hingga cukup naik. Buatkan bulat-bulat atau ikut bentuk yang disukai. Panaskan ketuhar 180'C selama 3 minit (COMBINATION). Masukkan roti tadi dan bakar selama 8 minit, kemudian keluarkan sapu kuning telur dan sedikit mentega. Bakar lagi selama 2 minit atau hingga kuning.