Roti Selera

Ramuan / Bahan

1 ½ camca teh minyak masak
2 keping daging burger
3 biji telur, dipukul
3 sudu besar susu segar
Sedikit garam
2 biji tomato, dibuang biji dan didadu kecil

2 tangkai daun bawang
3 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
2 biji roti hot dog
Sedikit parutan keju Mozarella

Cara-cara

Panaskan 1/2 camca teh minyak dan goreng daging burger hingga masak. Hiris menjadi empat keping kemudian dipotong memanjang.

Bancuh telur bersama susu segar dan garam. Goreng telur (dihancur-hancurkan) hingga ia masak.

Gaul telur tadi bersama tomato, daun bawang, mayonis dan sos cili di dalam mangkuk hingga ia sebati.

Potong roti empat keping memanjang.

Ratakan adunan telur di dalamnya, tabur keju. Bakar hingga perang.