Roti Sardin Mesra

Ramuan / Bahan

1 buku roti(gardenia lebih sedap)
1 labu bawang besar
1 tin sardin (cap ayam)
1 biji telur (dipukul)
Sesudu marjerin
Minyak masak
sedikit air bancuhan tepung
(sebagai pelekat)

Cara-cara

Inti:
1.Tumiskan bawang merah dengan marjerin.
2.Apabila sudah naik bau, masukkan sardin yang telah dihancurkan terlebih dahulu.
3.Tumis selama 3 minit.

Roti:
1.Lenyekkan roti menggunakan penggelek.
2.Letakkan inti keatas roti yang telah digelek dan lipat mengikut citarasa.
(boleh dilipat 3 atau berbentuk 3 segi)
3.Sapukan air bancuhan tepung pada setiap sisi lipatan roti(supaya tak terbuka)
4.Apabila ingin digoreng, celupkan roti tersebut kedalam bancuhan telur.