Roti Sardin Goreng

Ramuan / Bahan

Satu buku roti(yang dah siap potong)
1 cawan Tepong Gandum
1 biji telor
Satu tin kecil sardin
Air & garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan 2

1 biji bawang besar
2 biji limau nipis
(* untuk dikisar)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
10 tangkai cili kering (depent)

Cara-cara

Kukuskan roti kira-kira 5 minit

(untuk inti sardin)

Masukkan minyak, tumis bahan2x yang dikisar tadi hingga garing, kemudian masukkan sardin dalam tin dan garam, kacau hingga mendidih. masukkan sedikit air, diikuti dengan bawang besar yang di potong gegelang tadi. Akhir sekali perahkan limau nipis dan tunggu hingga menggelegak dan sejukkan. Pastikan tidak terlalu banyak kuah kerana sardin ini akan dilenyek hingga hancur utk menjadi inti roti.

(untuk gam roti)

Masukkan tepong ke dalam adunan lain. Kemudian masukkan telor dan air, kacau campuran (kira-kira pekat seperti kuah celup untuk pisang goreng)

Keluarkan roti dari pengkukus, kemudian potong 2 roti tadi.
Masukkan inti sardin yang telah di lenyek tadi dan lipatkan dua roti tersebut. Sapukan gam roti pada sekeliling roti. Lakukan sehingga habis.

Untuk menggoreng, celupkan roti berinti sardin tadi kedalam gam roti tadi ke dalam minyak yang panas. Tunggu hingga kekuningan sebelum angkat. Sedia untuk dihidangkan.