Roti Recycle

Ramuan / Bahan

½ bungkus roti (potong kecil2. Bagus kalau guna roti lebihan yang anak2 dah tak nak makan)
5 ekor sotong sederhana besar
Sedikit isi ayam
(boleh tambah kerang,udang dsb jika suka)
1 biji bawang besar (cincang)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
5 biji cili kering (tambah jika mahu pedas)
sedikit lada hitam (kisar)
sedikit bunga kubis
1 biji buah tomato (potong dadu)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
daun sup dan daun bawang (potong halus)
minyak untuk menggoreng
serbuk perasa (gula, garam,ajinomoto)
Bawang goreng

Cara-cara

panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan tumbuk (cili kering dan bawang2).Masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan sotong dan ayam (tambahkanair jika perlu). Masak sehingga empuk. Masukkan sayur-sayuran. Masak sekejap.Masukkan bahan perasa dan lada hitam. Akhir sekali masukkan roti dan goreng sehingga sebati. Apabila dan sebati bolehlah di angkat dan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.