Kek Buah

Ramuan / Bahan

110 gm gula perang
1 camca teh serbuk kulit kayu manis
1 biji epal, dikupas kulit, dibuang bijinya dan dihiris
2-3 keping nanas berkaleng, disejat
5-6 biji ceri merah
20 biji zaitun hijau 3-4 biji pir bermadu
50 gm tepung gandum
½ camca teh serbuk penaik
5 camca besar susu segar
4 biji telur, diasingkan putih dan kuning
60 gm gula halus

Cara-cara

Alas kertas minyak pada dasar tin berukuran 17.5 cm dan lengserkan dengan sedikit mentega. Tabur gula perang pada dasar tin dan ratakan serbuk kulit kayu manis pada gula perang. Atur epal, nenas, ceri, zaitun hijau, zaitun merah, dan pir bermadu. Ketepikan. Menggunakan garpu, gaul tepung bersama serbuk penaik, susu segar dan kuning telur. Putar putih telur bersama gula hingga separuh kembang. Kaup dan balikkan adunan kuning telur hingga rata. Ratakan adunan pada permukaan buah-buahan yang diatur. Bakar 25-30 minit atau hingga kuning pada suhu 200'c.