Roti Pisang

Ramuan / Bahan

2 biji pisang montel
3 cawan tepung superfine
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung 2 sudu besar minyak jagung
11 gm yis segera
Sedikit air untuk mengguli

Cara-cara

Pisang dibuang kulitnya dan dilecek. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan elektrik kecuali air. Putar perlahan-lahan dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati. Putar selama 10 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu. Buatkan bebola kecil dan susun di dalam loyang pembakar. Biarkan selama 1/2 jam atau hingga adunan naik barulah dibakar. Sementara itu, panaskan ketuhar gelombang mikro CONVECTION 180'C selama 5 minit kemudian masukkan doh tadi. Bakar selama 15-20 minit hingga kelihatan kekuningan.