Roti Mariam

Ramuan / Bahan

A - Bahan Roti:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil garam
Air masak secukupnya
1 biji telur
4 cawan minyak untuk menggoreng B - Bahan Pencicah:
6 biji kentang dipotong kecil-kecil
1 cawan air
2 biji lada merah dipotong kasar
5 ulas bawang putih dipotong kasar
Sedikit daun kari
Garam secukupnya

Cara-cara

A - Uli tepung bersama minyak sapi dan telur. Satukan garam dan air. Masukkan perlahan-lahan air tadi ke dalam adunan tepung sambil diuli hingga lembut seperti doh membuat karipap. Canaikan adunan berbentuk bulat dan leper sebesar saiz mangkuk. Goreng dalam minyak panas dengan api perlahan sambil disiram minyak ke atas adunan tadi. Adunan akan menggelembung di tengah-tengah bulatan. Masak hingga berwarna keperang-perangan. Ulang langkah tadi hingga adunan habis.
B - Rebus kentang hingga empuk bersama air. Masukkan lada merah, daun kari dan bawang putih. Tambah garam secukup rasa.
Jika suka boleh tambah sedikit serbuk kari.