Roti Manis Bijan

Ramuan / Bahan

335 g tepung gandum
½ tin susu pekat manis (14 oz)
1 camca teh soda bikarbonat
3 camca besar bijan
150 ml minyak jagung 200 g gula perang
1 camca teh esen vanila
2 biji telur
½ camca teh garam halus

Cara-cara

Satukan tepung gandum, susu, dua camca besar bijan, minyak jagung, gula perang, esen vanila, telur, bikarbonat dan garam ke dalam satu bekas. Putarkan bahan-bahan sehingga agak rata. Tuangkan adunan ke dalam tin dan taburkan lebihan bijan (pastikan tin telah dileserkan dengan marjerin cair). Bakar roti di dalam ketuhar bersuhu 160C selama 50 minit. Roti manis ini sesuai untuk minuman petang dan dihidangkan bersama mentega atau krim putar.