Roti Manis

Ramuan / Bahan

500 gm tepung gandum
25 gm marjerin
35 gm gula
20 gm yis
130 ml susu 1 camca besar madu lebah
1 camca kecil garam halus
Bijan secukupnya
Air suam secukup ulian

Cara-cara

Larut yis, susu, madu lebah dan gula dalam sebuah bekas dan biarkan selama 15 minit. Gaulkan tepung, garam dan marjerin ke dalam sebuah mangkuk hingga halus berderai. Setelah itu, tuangkan bancuhan yis ke dalam adunan tepung dan uli perlahan-lahan. Tambahkan air suam dan uli lagi sehingga cukup lembut. Bahagi doh kepada 3 bahagian. Gulungkan setiap doh hingga kecil setebal 3 sm. Kemudian dandankan adunan itu. Setelah itu, potongkan kepada beberapa bahagian yang sama besar. Letakkan doh ke dalam acuan roti dan taburkan bijan di atasnya. Akhir sekali, tutup doh dengan kain maslin selama 15 minit. Setelah naik, bakarlah sehingga masak.