Roti Lapis Daging

Ramuan / Bahan

1 buku roti
6 biji telur
1 tin kecil susu cair
2 camca sedang serbuk lada sulah
5 keping daging berger, hancurkan
2 bungkus sayur-sayuran campur 4 biji bawang besar, dipotong dadu
5 tangkai cili hijau, dipotong kecil-kecil
1 tin kecil puri tomato
½ cawan minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan puri tomato, sebahagian serbuk lada sulah, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan daging, sayur-sayuran campur dan cili hijau. Kacau lagi hingga rata baru angkat dan sejukkan. Satukan telur, susu cair, sebahagian lagi serbuk lada sulah, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Ambil kepingan roti dan celup di dalam bancuhan telur. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang dilengser mentega. Masukkan daging ditengah-tengah kemudian lapiskan roti dan bubuh lagi inti di atas roti. Bakar hingga masak.