Roti Kencana

Ramuan / Bahan

15 g yis mampat
¼ pt air suam
1 camca teh gula kastor
550 g tepung berprotein tinggi ½ camca teh garam
½ pt susu suam
15 g mentega cair
1 camca besar sirap kencana (golden syrup)

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan elastik. Biarkan doh mengembang dua kali ganda daripada saiz asalnya. Bentukkan doh sebesar bola ping-pong. Aturkan bebola ke dalam tin pembakar yang telah dilenserkan dengan marjerin cair. Kelarkan bahagian atas doh dengan pisau tajam. Aturkan bebola agak rapat supaya apabila mengembang, bebola akan melekat di antara satu sama lain. Biarkan bebola mengembang semula selama 20 minit. Bakar roti di dalam ketuhar bersuhu 200C atau menggunakan gas nombor 6 selama 15 minit. Gliskan dengan campuran susu dan telur semasa roti masih panas.