Kek Buah

Ramuan / Bahan

175 gm mentega
175 gm gula perang
3 biji telur
200 gm kismis hitam
100 gm kismis emas
100 gm ceri hijau
100 gm ceri merah
50 gm nanas (dipotong dadu)
50 gm kurma (dipotong dadu) Bahan-bahan diayak:
225 gm tepung berserbuk penaik
1 sudu teh rempah kek

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan telur berselang-seli dengan tepung. Gaul semua buah-buahan ke dalam adunan. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 17 cm. Bakar pada suhu 160C selama 1 3/4 hingga 2 jam.