Roti Kapit Isi Ketam Rempah Serai

Ramuan / Bahan

100 gm isi ketam
1 batang serai - ditumbuk dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar biji - ditumbuk dan dikisar
½ sudu kecil jintan manis - ditumbuk dan dikisar
½ cm halia - ditumbuk dan dikisar
1 ulas bawang merah - ditumbuk dan dikisar 1 ulas bawang putih - ditumbuk dan dikisar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar susu segar tanpa lemak atau susu cair
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa
4 buku roti bun

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk serta cili kisar hingga wangi dan garing. Masukkan isi ketam kacau rata. Campurkan dengan susu kacau hingga kering dan boleh disapu pada roti. Sebelum diangkat perisakan dengan garam dan gula. Roti bun dipotong dua, sapu inti apitkan dengan sebelah lagi roti, isikan dalam bekas sebagai bekalan atau hidangkan sebagai sarapan pagi.