Roti John Special

Ramuan / Bahan

2 buku roti hotdog
1 sudu besar daging cincang
1 labu bawang besar
1 sudu teh seasoning Maggie
2 biji telur
serbuk lada sulah
garam sos tomato
sos cili
mayonis
tomato buah (utk hiasan)
timun
minyak

Cara-cara

1) Bawang besar dipotong kiub
2) Tumis bawang besar dgn sedikit minyak dan masak hingga bawang layu
3) Masukkan daging cincang
4) Masukkan seasoning Maggie, serbuk lada sulah dan garam
5) Masak hingga agak kering kemudian angkat
6) Di dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan inti daging tadi dan gaul rata
7) Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak
8) Tuangkan bancuhan telur tadi dan ratakan
9) Tekapkan roti hotdog yg telah dibelah dua (jgn putus)