Roti Gulung Berinti

Ramuan / Bahan

3 camca besar minyak masak
3 biji bawang merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
300 gm isi ayam (didadu kecil)
2 camca teh pati rebusan ayam (dilarutkan dengan 2 camca teh air panas)
50 gm cendawan
1 biji lobak merah (diparut)
2 batang kacang panjang (dihiris kecil) 150 gm kacang (gajus, walnut dan hazel - dikisar kasar)
Garam
Serbuk lada putih
20 keping roti
Putih telur
100 gm serbuk roti
Minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah bersama bawang putih hingg ia garing. Masukkan isi ayam, biar ia sebentar. Masukkan pati rebusan ayam, biar ia sebentar. Kemudian masukkan cendawan bersama lobak merah, kacang panjang, kacang, garam dan serbuk lada putih. Kacau hingga sebati dan masak. Angkat. Potong kulit roti. Golek roti dengan penggelek supaya ia rata. Bubuh sedikit inti ditengahnya. Lekatkan kedua-dua hujungnya dengan menyapu sedikit putih telur. Buat hingga habis roti dan inti. Celup gulungan roti di dalam putih telur. Kemudian golek ia di dalam serbuk roti. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng roti hingga ia garing. Angkat dan hidangkan.