Roti Goreng Cendawan

Ramuan / Bahan

3 sudu besar minyak (untuk menumis)
4 biji cili merah (ditumbuk halus)
600 gm cendawan tiram
300 gm tauge (dibersihkan)
1 buku roti (dibuang kulitnya dan potong
anggaran 3 cm persegi) 2 keping tauhu (dipontong dadu dan digoreng)
2 biji telur ayam (dipukul hingga kembang)
1 tangkai daun saderi (dihiris)
1 tangkai daun bawang (dihiris)

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis cili. Kemudian masukkan cendawan dan tauge. Setelah sayur layu masukkan roti, tauhu dan telur. Masuk hingga kering sedikit. Kemudian masukkan daun saderi dan daun bawang, kacau sehingga kering. Hidangkan panas-panas.