Kek Buah

Ramuan / Bahan

400 gm mentega
400 gm gula halus
440 gm telur
400 gm tepung roti (berprotein tinggi)
200 gm tepung gandum
6 gm rempah kuih
500 gm campuran kulit limau (mixed peel)
1 kg sultana 160 gm ceri
60 gm gliserin
¾ cawan air - bahan fondan
9 camca teh serbuk gelatin - bahan fondan
3 camca sedang gliserin - bahan fondan
1 ½ camca sedang glukos pekat (liquid glucose) - bahan fondan
Gula aising secukupnya - bahan fondan
Sedikit pewarna - bahan fondan

Cara-cara

Menggunakan pengadun elektrik pada kelajuan 1, putar mentega bersama gula hingga sebati dan kembang, 2 minit. Menggunakan spatula, kaup adunan supaya rata dan putar semula 2 minit lagi. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar 2 minit pada kelajuan 2. Masukkan tepung roti, tepung gandum dan rempah kuih. Putar lagi pada kelajuan 1 hingga rata. Masukkan campuran kulit limau, sultana, ceri dan gliserin. Putar hingga rata. Masukkan adunan ke dalam dua acuan berukuran 22.86 cm x 22.86 cm dan satu lagi berukuran 17.78 cm x 17.78 cm dan bakar 1 1/2 jam pada suhu 175'C. Apabila kedua-dua kek masak biarkan semalaman baru dihias. Untuk menyediakan fondan, panaskan air menggunakan double-boiler. Masukkan semua bahan kecuali gula aising dan pewarna. Kacau hingga rata. Apabila gelatin larut baru diangkat. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit. Kacau dan uli hingga ia menjadi doh halus. Titikkan pewarna mengikut suka dan uli lagi hingga pewarna sebati dan rata.