Roti Gandum

Ramuan / Bahan

300 gm tepung gandum
300 gm emping gandum (untuk membuat
roti)
2 sudu kecil gula
2 sudu besar susu
1 sudu kecil garam halus 10 gm yis bersih
40 gm mentega
25 gm lemak sayur-sayuran
Air suam secukup bancuhan

Cara-cara

Larut yis dan gula dalam air suam. Kemudian, biarkan selama 10 minit. Pukul mentega, garam, lemak sayuran dan susu sehingga sebati. Setelah itu, masukkan bancuhan yis dan gula tadi, dan kacau rata-rata. Masukkan tepung gandum dan emping gandum sedikit-sedikit hingga habis. Uli adunan hingga lembut. Bahagikan adunan kepada beberapa doh yang disukai. Biarkan selama 20 minit, sehingga doh menjadi kembang. Uli sekali lagi dan gulung. Letakkan ke dalam acuan roti dan biarkan selama 15 minit sebelum dibakar hingga masak.