Roti Epal Kacang

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
¾ cawan gula kastor
2 biji telur
Setitik esen vanila
2 cawan tepung gandum 1 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan sos epal (4 biji epal kisar, masak bersama-sama empat sudu makan gula hingga pekat)
1 cawan parutan keju
1 cawan kacang pecan atau walnut
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

Pukul bersama mentega dan gula. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanila, kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk kayu manis ke dalam adunan mentega tadi. Gaul sebati dan masukkan semua bahan lain. Kacau rata. Masukkan adunan ke dalam acuan roti yang telah disapu mentega. Bakar selama 45 minit. Hidangkan dengan krim keju atau sos epal.