Roti Capati

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung capati
4 sudu besar mentega
1 sudu minyak sapi 5 cawan air sejuk
½ sudu teh garam

Cara-cara

Gaulkan tepung bersama mentega dan garam. Tuangkan air uli hingga lembut. Kemudian ditutup biarkan selama 30 minit. Bahagikan adunan itu kepada lapan bahagian. Canai tiap-tiap satu sampai nipis. Letakkan atas kuali. Bila keluar gelembung kecil balikkan masak sampai berwarna kunign pucat. Hidang panas-panas dengan kuah dal atau sambal tumis.