Roti Buah

Ramuan / Bahan

400 g tepung berserbuk penaik] diayak
Secubit garam ] bersama
200 g mentega
200 g gula kastor 400 g buah-buahan campuran
4 biji telur
8 camca besar susu segar (UHT)

Cara-cara

Mentega dan tepung digaul ramas hingga menyerupai serbuk roti. Masukkan gula dan campuran buah-buahan ke dalam adunan tepung. Telur dipukul bersama susu segar dengan garpu dan tuangkan ke dalam adunan tepung. Kacau adunan hingga sebati. Lenserkan tin pembakar roti (loaf tin) dengan marjerin cair dan isikan adunan memenuhi tiga per empat tih sahaja. Bakar roti dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 30-40 minit. Biarkan roti di dalam tin pembakar selama 10 minit sebelum membalikkannya di atas redai kek. Roti ini juga boleh dibentuk 3 umbai, ditabur gula dan kepingan badam sebelum dibakar.