Kek Biskut Marie

Ramuan / Bahan

1 tin (kecil) susu pekat manis
1 cawan milo
2 sudu serbuk koko
6 biji telur (dipukul hingg kembang)
600 gm biskut marie (hancurkan)
1 tin air (tin susu tadi)
½ cawan nestum (jika suka)
1 buku mentega

Cara-cara

Masak susu, milo, serbuk koko,mentega, nestum dan air dengan api yang sederhana hingga sebati

Masukkan telur dan kacau dengan cepat untuk elakkan berketul. Masak hingga pekat.

Masukkan biskut marie dan kacau hingga sebati

Angkat dan mampatkan/ tekan adunan dalam bekas yang dialas dengan aluminium foil

Sejukkan dalam peti sejuk dan dipotong