Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Roti Bawang Putih

Ramuan / Bahan

20 gm roti Perancis
15 gm mentega
8 gm bawang putih (dicincang)
20 gm tomato (dipotong kiub) 3 gm daun selasih
1 gm garam dan lada sulah
2 gm jus lemon
5 gm bawang merah (dicincang halus)

Cara-cara

Potong roti Perancis setiap satu 3 keping. Masukkan ke dalam oven selama 3 minit. Campurkan bawang putih, mentega dan kacau hingga sebati. Keluarkan roti dari oven dan sapukan mentega di atas roti tadi. Campurkan tomato, bawang merah, daun selasih, bawang putih, jus lemon dan garam secukup rasa. Keluarkan roti dari oven dan tuangkan campuran tomato ke atas roti tadi. Aturkan ketiga-tiga roti tadi di atas pinggan dan hiaskan.