Pretzel Gula Perang

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan roti:

200 gm tepung berprotein tinggi
40 gm gula
1 biji telur
10 gm lelemak sayuran
1 camca teh ragi segera
2camca teh kismis kuning
¼ camca teh garam Bahan-bahan karamel:

80 gm sirap kencana
60 gm gula perang
½ camca teh serbuk kayu manis
1 camca besar mentega
5 camca besar gula perang (untuk ditabur)

Cara-cara

Untuk membuat roti, gaul semua bahan dan uli hingga menjadi doh lembut. Perap selama 30 minit.

Sementara itu, untuk menyediakan karamel, masak kesemua bahan, kecuali gula untuk ditabur. Biar hingga mendidih dan ketepikan.

Ambil sedikit doh, uli membentuk jejari dan lipat seperti pretzel (seperti menyimpul tali). Rehatkan selama 30 minit.

Bakar selama 20 minit pada suhu 200 darjah Celcius. Sapu karamel ketika masik panas.