Kek Biskut Marie

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
250 gm gula aising
250 gm telur ayam
250 gm tepung naik sendiri 100 gm biskut marie
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

Hancurkan biskut marie dan ayak bersama tepung serta soda bikarbonat. pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang. Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul hingga bercampur rata. Campurkan campuran marie tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Sediakan acuan yang bergris dan ditabur tepung. Tuangkan adunan dan bakar selama 40-45 minit dalam ketuhar yang panasnya 150'c.