Pastri Rupawan

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan inti:
50 gm gula aising
25 gm mentega
25 gm kelapa kering
30 gm tepung kastard
75 gm buah-buahan kering, dihiris kecil Bahan-bahan pastri:
150 gm tepung gandum
Secubit garam
50 gm mentega
3 camca besar susu segar
1 biji kuning telur

Cara-cara

Menggunakan pengadun elektrik, putar gula bersama mentega hingga sebati. Masukkan kelapa kering, tepung kastard dan buah-buahan kering. Uli hingga menjadi doh. Leperkan doh seperti kuih badak. Simpan di dalam peti sejuk 20 minit. Untuk membuat pastrinya pula, gaul dan ramas tepung bersama garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan susu dan kuning telur. Gaul lagi hingga menjadi doh. Canai sedikit doh setebal 4 mm. Terap doh menggunakan acuan bulat berukuran 5 cm. Ketepikan. Ambil sedikit doh, canai setebal 4 mm juga dan terap doh menggunakan acuan bulat berukuran 7 cm. Kemudian gunakan acuan bulat kecil dan terap pada doh berukuran 7 cm supaya jadi beberapa lubang kecil. Letakkan inti di atas doh berukuran 5 cm lalu tangkupkan doh 7 cm yang berlubang-lubang menutupi permukaan doh berinti. Lekatkan sekeliling doh supaya tidak terbuka. Bakar pastri hingga masak pada suhu 190'C.