Pastri Lapis Raja Sehari

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan kulit :
450 gm tepung berserbuk penaik
1 camca teh garam
50 gm marjerin
75 gm lemak sayuran
100 ml susu segar
2 camca besar minyak - bahan inti
1 biji bawang besar, dihiris - bahan inti
100 gm cendawan tiram, dihiris halus - bahan inti
50 gm fucuk, direndam di dalam air panas dan dipotong kecil - bahan inti
2 camca besar kicap - bahan inti Bahan-bahan inti :
1 camca besar perahan limau nipis
2 ulas bawang putih, dicincang halus
25 gm walnut, dicincang kasar
ΒΌ camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar serbuk cili
1 camca besar rempah kari daging
1 biji telur, dipukul, untuk disapu
2 camca besar bijan, untuk ditabur
Garam secukupnya

Cara-cara

Gaul dan ramas tepung bersama garam, marjerin dan lemak sayuran. Masukkan susu dan gaul hingga sebati. Tutup doh dan biarkan 30 minit. Untuk membuat intinya pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang hingga layu. Masukkan cendawan dan kacau 2-3 minit. Masukkan bahan-bahan lain. Kacau rata dan pastikan garamnya cukup baru diangkat inti dan disejukkan. Alas kertas kalis minyak pada dasar tin berukuran 21 cm x 10 cm x 6 cm dan lengserkan dengan sedikit mentega. Bulat-bulatkan sedikit doh sebesar guli dan isikan inti. Atur ia pada dasar tin rapat-rapat supaya melekat. Sapukan telur dan taburkan bijan. Bakar doh 45 -50 minit pada suhu 200'C.