Paf Pastri Goreng

Ramuan / Bahan

125 gm margerin
300 ml air
200 gm tepung berprotein tinggi
½ sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
400 ml Minyak Sayuran Tulen Jenama Chef
250 gm jem berbagai rasa

Cara-cara

Didihkan marjerin & air.Apabila menggelegak,angkat & masukkan tepung & serbuk penaik.Putar sehingga suhunya turun.Masukkan telur & kacau dgn perlahan.Panaskan minyak.Bentukkan kon dr kertas serap minyak & masukkan nozel bentuk bintang yg sederhana besarnya. Masukkan pastri ke dlm kon.Sudukan roset2 ke dalam minyak sederhana panas. Angkat & toskan minyak.Apabila sejuk, belah tgh pastri & sudukan jem ke dlmnya.Taburkan gula serbuk ke atas pastri & hidngkan