Kek Bijan Berstrawberi

Ramuan / Bahan

225 gm mentega
225 gm gula perang
3 biji kuning telur
225 gm tepung serba guna
1 ½ camca teh serbuk penaik
100 gm bijan, disangrai keperangan
100 ml susu segar 1 camca teh strawberi Emulco
3 biji putih telur
Sedikit garam
6 camca besar jem strawberi
Krim Putar dan strawberi segar untuk hiasan

Cara-cara

Lapik tin bulat berukuran 22 cm dengan kertas kalis minyak dan lengserkan dengan sedikit mentega. Putar mentega bersama gula hingga gebu. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga kembang. Gaul tepung bersama serbuk penaik hingga rata dan masukkannya ke dalam bancuhan berselang-seli dengan susu segar, bijan dan strawberi Emulco. Kacau hingga sebati. Putar putih telur bersama garam hingga kental. Kaup dan balikkannya ke dalam adunan hingga rata. Bakar adunan 1-1 1/4 jam atau hingga kek masak. Biarkan kek suam baru dikeluarkan dari tin. Panaskan jem dan sapu pada permukaan kek. Apabila kek betul-betul sejuk baru sapu krim dan hias mengikut suka.